Tuesday, 23 August 2011

Amalan Hari Raya Aidilfitri :D



Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk: -
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.
2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.
3) Memperbanyakkan Takbir.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
7) Berziarah dan merapatkan silaturahimi sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

Amalan lazim

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM 5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.
Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti hari ini.[2]
Malah diriwayatkan juga Ali k.w. mengelilingi masjid-masjid pada bulan Ramadhan dengan membawa lampu sambil mengucapkan kata-kata yang bermaksud: "Semoga Allah s.w.t. menerangi kubur Umar sebagaimana dia telah menerangi masjid-masjid kami." [3], dan juga riwayat dari Umar (رضى الله عنه) menyebutkan bahawa:
"Barangsiapa yang memberikan lampu penerang pada masjid-masjid Allah maka Allah akan memberi pula baginya lampu penerang di dalam kuburnya. " [4]

Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.Biasanya minggu pertama hari raya,jalan akan dipenuhi dengan kereta dan menyebabkan jalan sesak



Tuesday, 16 August 2011

FADILAT SOLAT TERAWIIKH

                  Fadilat Solat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :
Malam 1 – keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 – diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)
Malam 3 – berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih
terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 – memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang
terawih poda malam ini.
Malam 7 – Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 – Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 – Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 – Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di
akhirat.
Malam 11 – Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.
Malam 12 – Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 – Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan
dan keburukan.
Malam 14 – datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 – Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya
supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 – Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 – Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak
pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 – Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 – Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 – Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 – Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 – Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan
(tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 – Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.
Malam 24 – Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini,
(elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 – Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 – Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 – Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas
titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 – Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.
Malam 30 – Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam
terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di
dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama
Al-Kauthar.”Nuffnang Ads
"Sekiranya kita redha dengan ketentuan Allah. maka kita sedang berpaut pada dahan yang kukuh. Sekiranya ada keikhlasan di hati maka kita berada di jalan perjuangan. Sekiranya semuanya itu tiada, maka kita umpama puing-puing hanyut di tengah samudera yang gelap gelita."
-Dipetik dari buku INILAH JALAN KAMI!
Tn. Hj. Ismail Hj. Ahmad-

✿♥ PERSOALAN HATI ✿♥

~Tiga perkara sudah dijanjikan Allah SWT yang tertulis di Lohmahfuz atas kesemua umat manusia adalah rezeki, JODOH, dan ajal. (✿◠‿◠)
Perjanjian ini akan terlaksana tanpa sedetik pun lewat apabila tiba masanya. Usahkan ribut, taufan sekalipun tidak boleh mengganjakkan janji ini~
Photobucket ~Hanya DOA yang mampu kita pinjam sebagai pena untuk mencoret kepada kisah pengakhir janji Tuhan itu~ (✿◠‿◠)

FADILAT RAMADHAN :D >3

                                   .: FADILAT RAMADHAN :.

 

:: Fadilat ramadhan 1 ::

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


:: Fadilat Ramadhan 2 ::

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam







:: Fadilat Ramadhan 3 ::
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

:: DOA UNTUK IBU ::

Ya Allah, rendahkanlah suaraku bagi mereka.
Perindahlah ucapanku di hadapan mereka.
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan lembutkanlah hatiku untuk mereka.

Ya Allah, berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya atas didikan mereka berikan kepadaku dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka curahkan kepadaku. Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku sewaktu kecil dahulu.

Sesungguhnya...
Engkaulah Tuhan yang memiliki kurniaan yang Maha Agung, serta anugerah yang tidak berakhir.
Engkaulah yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Maka perkenanlah doa kami ini.

:: Mari Berdoa ::

Ya Tuhanku,
Pancarkanlah cahaya kitabMu ke dalam pandanganku,
Lapangkanlah dengannya dadaku,
Lancarkanlah dengannya lidahku,
Kuatkanlah dengannya ingatanku,
Mudahkanlah dengannya kefahamanku,
Kuatkanlah dengannya azam dan daya upayaku.
Sesungguhnya,
tiada daya upaya melainkan dengan izinMu, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih.
( Catatan : Boleh menambah di awal dan di akhir doa, ungkapan tertentu seperti selawat )



Saturday, 18 June 2011

MALAM KEBUDAYAAN :D

hermm...ary nie aq nan kawan2 dew wat persediaan tok mlm kbudayaan...memang serabot giler lar...dngn aq yg x smangat,x deww idea,masing2 malaz..pew,saba jew lar...tpi lpas jew abis riadah..hemm,kat situ plak kitew owang dpt idea...pew lagi.kitew owang pown wat bising lar kat dlm blik tuh....malang nyew,akq2 nie x kasi,derang soh prep....ikot jew lar..nanti kang knew mrah plak kan.....tpi lpas jew abis prep pg mkn,dah siap psan dah kat derang supaye lpas tuh pg blik prep tok wat latihan...hak2,glabah btol.....manew x nyew,mlm nie dah wat prsembahan dah....seram kowt....tpi memang kitew owang over lar......lompat sanew,lompat sinie....baring sanew........rap sinie....ehemm...yg rap tu aq lar......memang x caye sumew tuh bleh jadi.....'KUASE ALLAH KAN'......memang gilew2 larh idea kitew owang....soley2 lar...lagu korea lar...60-han lar....nasib baek x masok arn lugu arab.....kluw x,tengaga derang dngar....sbab x pham,hak2......memang panat lar wat latihan tuh....sampai dew yg begadoh lar,,,tpi tu sumew kitew owang jdi kan sbagai knangan waktu kat owstel...jngn bik srios2.....nanti parah jadi nyew.........ar ap kitew owang dpt wat yg trbaek lah mlm nie......x kesah lar mnang taw kalah,asal kan kitew owang eppy.....bak katew fom 2 lar. tpi kan,aq rasew kitew owang jew yg paling smangat....owver lar kater arn.........x pew xpew....arap2 dpt wat yg terbaek lar......

Sunday, 15 May 2011

:) ARY YANG GUMBIRA :)

Best gilo wa cakap sama lu......semalam jaja,nana dengan yaya pergi komplek sukan dekat paroi...Itu lah the firs time pnah jaja pergi....seronok x terkatew lah...Tapi mase tu kite orang malu2 ya AMAT,maSing2 muke macam kapas...:) Tapi kami brani kan diri msok jew lah,mule2 kite owang ikot jalan owang maen bola,mane x nyew..dah bapak yaya ajak ikot jalan tu...ikot jew lah kan...waktu jalan kat situ,pewh!x bleh bla lah....mamat kat sanew ngorat wa beb...:)wa pew lagi..kaver ayu abis lar....cepat2 kluar dari situ.
 Pastu kite owang g tengok krete kebal plak,kat situ dew aska2 nyew...adew la yg ensem gak,bleh tahan lar
bak katew 'NANA'...time tuh yaya cdang kan nak tngkap gmba ngan salah sorang abg kat situ,nak bajet sikit kat dalam FB kan...tapi masalah nye skang,derang malu nak bercakap,sumew nak arap kan jaja jew..bohsan betol lar..:) JAJA pown pew lg,tepaksew lar tebal kan mukew pg tanyew kat abg tuh...'ABG..BLEH X SAYEW NAK AMBIK GAMBA DENGAN ABG?'...bile die katew boleh...fuhhhh!gelabah yaya dengan nana tuh.....tapi x pew,dah biasew kan dengan prangai kawn2...sabo yo lah..
  Pastu kitew owang pg la plak kat pameran 'JPA'...sajew je jalan2,tetibew je owang kat situ pangil soh tulis name..tekojot den!pastu owang tu pown ajak lar kami dan memberitahu tentang keselamatan..BORING GILO...hah!kat situ pown yaya nak tngkap gmba ngan abg tu...tapi x terdayew,anak patong kat luar tu pown jadi lar hai........fuhh!!
 Selapas kepenatan..kite owang tenampak satu bas pameran...time tu badan sumew dah bermandikan poloh...so,pew yg anda pikir kan...msti lar kitew owang nak masok kat situ tok kering kan tiak yg basah kuyup nie...hak2 :)masok2 jew dah jumpew minah and mamat penagih dadah,seram doh.Tapi patong lar...
dah penat kitew owang brgamba-gmba kat dlam smpai belagew dengan peroi pak bunchit...kitew pown keluar......pastu kite owang pown singgah2 lar kat taman kejap..nak iburkan aty si NANA tuh....die kan kanak2 lagi,so kenew lar paham....kat sanew pown sempat lg brgamba-gmba...bleh dkatew kan stiap tempt
lah,kite owang brgamba...hah2..:) kat taman tu..macam2 aksi kite owang lakukan...hah,jeng,jeng,jeng???
akhir skali....kite owang pown da give up nak balik..........fuhhh.pnat

Mesti anda penah berikan chenta kepada kekaseh anda....Tetapi anda silap..

'Sayang`,kau berilah kepada manusia dan benda,'kasih' hanya untuk semata manusia dan manakala'cinta' hanya
layak untuk diberi kepada yang MAHA MENCIPTA.Bagaimana kau boleh memberi 'cinta'kepada yang tidak layak menerimanta? Ini cinta palsu! Mari ku perkenalkan kepadamu cinta sejati yang hakiki.
  Cinta yang agung dan suci.Dia adalah yang mencipta aku,engkau dan seluruh makhluk.Dia berikan udara secara percuma,beri makan di kala lapar.Dia silih gantikan siang dan malam tanpa lalai.Dia juga mampu mendengar dan melihat secara serentak tanpa mata dan telinganya hanya untuk sesama manusia.manakala 'cinta'
hanya layak diberi kepada yang MAHA MENCIPTA.Sebelum menyintai-Nya kau perlulah terlebih dahulu mengenali-Nya.Tak kenal maka tak cinta.Bercinta dengan-Nya sungguh indah dan bermakna.Kau tidak akan kecewa selamenya.
Bila engkau mendapat Tuhan,engkau akan mendapat segala-galanya.Tetapi jikau engkau kehilangan Tuhan,engkau akan kehilangan segala-galanya....